08 Februari 2016

Cara Kenal Iphone Refurbished Tulen

cara-kenal-iphone-refurbished-tulen-iklanlahpercuma.com
Semenjak kes penipuan smartfon klon di Plaza Low Yat, ramai pengguna Malaysia sudah mula sedar bahawa urban legend smartfon klon adalah benar. Sebelum ini ramai yang tidak percaya:
  • smartfon boleh di klon
  • smartfon tiruan wujud di pasaran
  • ramai penjual sanggup menipu dengan menjual smartfon tiruan
Oleh kerana penjual-penjual smartfon hanya mengejar keuntungan dan sanggup menipu pengguna, ia adalah tanggungjawab pengguna sendiri untuk  menimba ilmu mengenai smartfon sebelum membuat pembelian smartfon baru. Tidak kira kita membeli untuk diri sendiri, untuk kekasih, isteri atau ahli keluarga lain.
Oleh kerana ramai lagi peminat produk Apple diluar sana, saya akan memulakan artikel cara mengenal Iphone refurbished tulen dalam siri artikel mengenai smartfon dalam minggu-minggu yang akan datang.

Kewujudan Apple Iphone Refurbished

Untuk makluman anda semua, memang wujud produk Apple Iphone refurbished di pasaran. Ia bukan lagenda atau khayalan tetapi ia benar-benar wujud, cuma secara tidak rasmi di Malaysia. Ia sudah lama dijual dikedai-kedai Apple di USA dan juga di Ebay. Ia dikenali sebagai produk Apple Iphone refurbished atau reconditioned unit. Jikalau di Indonesia ia dipanggil “Certified Pre-Owned Product“. Ia bukan bermakna ia produk 2nd hand tetapi ia telah dihantar semula ke kilang untuk proses refurbished.
cara-kenal-iphone-refurbished-iklanlahpercuma.com


Apa Itu Produk Iphone Refurbished?

Pada kebiasaannya penjual telefon rasmi Apple dan juga Telco akan menapis produk yang rosak dan menghantar produk yang tidak sempurna kepada pengilang untuk dipulihkan kepada keadaan yang baik dan seperti baru. Semua produk yang rosak dihantar kembali ke kilang untuk dibaik pulih dalam satu proses yang dipanggil refurbished
cara-kenal-iphone-refurbished-baik-pulih-iklanlahpercuma.com
Setiap produk Apple Iphone akan diperiksa dengan teliti untuk melihat apakah ia dapat diselamatkan dan jika ya, ia akan dibaiki dan bahagian-bahagian baru ditambah jika perlu untuk menggantikan bahagian yang rosak. Selepas itu Apple Iphone ini akan dibersihkan, dipakej semula dan dihantar kembali ke peruncit, dengan label “Certified Reconditioned Product“. Ia di label begitu supaya orang ramai dapat membezakan produk Apple Iphone baru dan refurbished.
cara-kenal-iphone-refurbished-label-iklanlahpercuma.com

Mengapa Beli Produk Iphone Refurbished?

1. Produk Iphone refurbished adalah jauh lebih murah harganya.2. Pengguna boleh membeli model Iphone yang sudah tidak ada dalam pasaran secara rasmi.3. Produk Iphone refurbished adalah produk rasmi Apple dan bukan produk klon atau tiruan. Pembeli tidak perlu jailbreak untuk install aplikasi. Boleh terus beli aplikasi atau lagu di kedai iTunes. 
4. Produk Iphone refurbished datang dengan jaminan Apple atau kedai Apple di Malaysia. Sila pastikan jaminan 1 tahun anda masih ada. (Rujuk bawah)

Bagaimana Kita Dapat Mengecam Iphone Refurbished

Kebiasaannya produk Iphone refurbished ini akan dilanjutkan tempoh jaminan atau waranti.
Sila rujuk nombor IMEI Iphone refurbished anda.
Dial *#06# atau buka Settings > General > About > Model
cara-semak-imei-iphone-iklanlahpercuma.com
Sila pergi ke laman Apple iaitu selfsolve.apple.com dan masukkan nombor IMEI Iphone refurbished anda.
cara-semak-waranti-iphone-iklanlahpercuma.com
Jika betul ia masih ada jaminan atau waranti, anda tidak akan nampak mesej status “Expired” tetapi status adalah masih “Active” dengan tarikh anggaran bila tempoh jaminan akan tamat. Jika anda beli produk Iphone refurbished ini daripada penjual atau kedai di Malaysia, pastikan anda mendapat sekurang-kurangnya 1 tahun jaminan kedai tersebut. Bukan jaminan mulut tetapi ditulis di resit atau ada kad jaminan.
apple-certified-refurbished-iphone-iklanlahpercuma.com
Produk refurbished kebiasaannya hanya datang dengan charger. Anda tidak akan dapat set penuh seperti earphone. Kotak bungkusan Iphone refurbished juga warna putih kosong tanpa gambar Iphone dan dilabel sebagai “Certified Reconditioned Product“.

Hati-hati Dengan Penjual Penipu

Tidak kira anda membeli Iphone refurbished ini online atau offline, anda kena berwaspada. Kalau beli online, pastikan anda dapat Google nama kedai dan jumpa alamat premis perniagaan. Jangan beli dengan orang perseorangan kalau anda tidak mahu kena tipu. 
Orang perseorangan tidak dapat jual Iphone refurbished yang disahkan oleh Apple tetapi ia cuma produk Iphone 2nd hand yang dibaik pulih sendiri dirumah atau kedai. Barang atau isi perut Iphone yang rosak diganti dengan barang gantian atau spare parts daripada Iphone lain.
Penjual penipu ini akan menulis iklan seperti berikut:
  • Iphone refurbished set
  • Iphone reconditioned set
  • Iphone new set
  • Iphone original set
Jika anda hendak beli set Iphone reconditioned atau 2nd hand di kedai,  anda boleh terus semak IMEI (rujuk atas) dan juga nombor siri untuk mendapatkan kepastian model.
Format nombor siri Iphone:

AABCCDDDEEF

AA = ID Kilang
kod-pengilang-apple-iphone-iklanlahpercuma.com
B = Tahun di kilangkan (9 adalah untuk tahun 2009/2019, 0 adalah untuk tahun 2010/2020, 1 adalah untuk tahun 2011)
CC = Minggu pengeluaran (01 adalah minggu 1 dalam  tahun tersebut, 11 adalah minggu ke 11)
DDD = ID Unik
EE = Warna (A4=hitam)
F = saiz  storan (S=16GB, T=32GB)
Contohnya nombor siri Iphone adalah 660501YZA4T. Kita tahu Iphone 2nd hand ini adalah diperbuat pada tahun 2010 pada minggu ke 50. Ia berwarna hiam dengan storan 32GB. Ia bukan Iphone refurbished.
Jadi kalau anda ingin tengok dahulu boleh window shopping di kedai Lazada ada Iphone refurbished. Saya syorkan anda beli daripada pembekal seperti CompAsia yang  sudah pasti ada jaminan 1 tahun dan disahkan selamat oleh Lazada.
Itu sahaja petua atau cara untuk mengenal Iphone refurbished tulen bagi mengelak anda ditipu. 

0 Komen: