29 Mac 2011

mari belajar simpulan bahasa

hari ini aku nak jadi cikgu bahasa melayu. sebab aku nak ajar tentang simpulan bahasa yang sering digunakan dalam kehidupan orang melayu sendiri, namun ada yang tidak berusaha untuk berhati2 atau mengambil pedoman dengannya.


mengapa?
tak apa. kita akan bincangkan di akhir pelajaran ini. -tunggu.

kita teruskan dengan pelajaran simpulan bahasa melayu hari ini. definisi simpulan bahasa ialah
"bentuk peribahasa yang paling ringkas dan biasanya terdiri daripada dua perkataan yang membawa erti tepat dan padat."

contoh simpulan bahasa ialah ;
1) BANYAK MULUT
maksud banyak mulut ialah orang yang suka bercakap atau berleter termasuklah perkataan yang tidak sepatutnya dicakapkan.

2) BATU API
maksud batu api ialah penghasut.

3) BAWA MULUT
maksud bawa mulut ialah bercerita tentang keburukan orang lain.

4) BUSUK HATI
maksud busuk hati ialah orang yang berhati jahat.

5) BURUK SANGKA
maksud buruk sangka ialah menaruh curiga.

6) BURUK PENANGAN
maksud buruk penangan ialah akibat buruk.

7) BAWA MATI
maksud bawa mati ialah menyebabkan kematian.

8) BAWA SIAL
maksud bawa sial ialah mendatangkan malang.

cukup aku ajar sampai lapan. banyak2 sangat nanti lupa. harap kamu2 yang membaca faham semua simpulan bahasa serta maknanya yang telah aku senaraikan tadi berdasarkan rujukan sikit2 daripada kamus wiktionary.

tapi, aku rasa lebih elok kalau kamu aplikasi susunan simpulan bahasa yang membentuk ayat lengkap di bawah ini untuk pedoman hidup kita bersama ;

-------------------------------------------------

orang yang BANYAK MULUT akan terdorong menjadiBATU API tidak kira sesama rakan, ahli keluarga dan jiran tetangga. kebiasaan BAWA MULUT seperti menuduh orang lain BUSUK HATI dan sebagainya lazimnya dipengaruh oleh perasaan BURUK SANGKA semata2. mereka mungkin tidak tahu bahawa perlakuan mereka itu boleh menyebabkanBURUK PENANGAN seperti tindakan susulan yang boleh memBAWA MATI. hal ini boleh membuktikan BAWA MULUT juga boleh memBAWA SIAL.


*bawa mati*
---------------------------------------------------

p/s.
pertama, jaga mulut. aku dah bosan dengan tubuh2 orang yang sebenarnya jelmaan bakteria yang merebak jadi virus perosak hati manusia. ganas tak kalau aku cakap macam ni -
"kalau mereka ini usik orang yang aku sayang, mengucap cepat. aku nak asah parang."

ok, kalau mak tahu mesti dia ketawakan. pisau pun aku tak lulus lagi nak asah sampai tajam.

kedua. jaga hati. kalau bosan,baca buku simpulan bahasa. baca Al-Quran. main congkak. main guli. tapi jangan tabur fitnah dan BAWA MULUT suka2 hati.

0 Komen: