16 Mac 2017

Cara - Cara Melajukan Whatsapp [Updated] [ios]

Assalamualaikum Warahmatullah Hiwabarokatuh!!

haiiii.. bersua lagi diruang yang usang ini :P
baiklah! Entry kali ni adalah kesinambungan dari entry http://wannsall.blogspot.my/2015/07/cara-cara-untuk-meringankan-whatsapp.html 

Whatsapp dah update version terbaru. biar pun version terbaru kali ini nampak macam instagram & facebook!

baiklah.. mungkin ada yang terlepas pandang atau tak perasan ciri-ciri terbaru pada whatsapp version terbaru ni. Whatsapp version baru ini memudahkan pengguna untuk delete text, photo, video, gif dll yang dah berkurung atau berjuta-juta didalam group atau pun personal message (pm).

Gambar-gambar dibawah menunjukkan cara-cara untuk memadam file-file lama yg terperuk yang membuatkan space whatsapp korang jadi kecil.







Untuk Pengguna Android saya kurang pasti sama ada sama atau tidak ;)

adios amigos~ cauuuu bedahhh :P

07 April 2016

Promosi!! - PA System • Karaoke • Live Band!


Oleh sebab aku dengan wife dah register syarikat Event Management, so kat sini aku nk promote 
sikit lah! haha


Buat korang - korang yang selalu datang Port Dickson.. Family Day ke.. Annual Dinner ke.. ape - ape je la kan.. so aku nak promote PA System, Sound System, Karaoke, Live Band, Acoustica & Busking dengan harga yang amat - amat murah! nego takde hal punye! 


So korang tak perlu risau kalau nak cari perkhidmatan ni sebab aku dengan wife memang bermastautin di PD ni ha.. ok lah! kalau korang ade ape - ape pertanyaan, just call/whatsapp aku +60196246973

06 April 2016

Kenapa Perlu Update Whatsapp!!

Baiklah.. memandangkan Whatsapp ni dah jadi 1 keperluan yang patut ada pada setiap manusia, so entry kali nak sentuh lagi bab Whatsapp!
tak pasti sama ada korang semua dah tau atau pun tak.. atau pun aku je yang lambat!
entry kali ni pasal new update dari whatsapp berkenaan dengan privacy! 


Nampaknya whatsapp telah menambah ciri-ciri keselamatan bagi melambatkan proses menggodam whatsapp korang dan mengelakkan segala perbincangan peribadi, group, gambar, video, file & audio dari dicuri oleh pihak yang tak bertanggungjawab tanpa diketahui. senang citer hacked!

Sebelum ni mungkin tahap keselamatan bagi application yang top 1 dunia masih lemah. So bagi korang yang belum lagi update whatsapp tu, sila update sekarang!!!! dan korang akan nampak seperti gambar2 dibawah!

klik pada gambar untuk paparan yang lebih besar.

baik lah!! ape-ape pun pastikan whatsapp korang tu version 2.16.1. Version paling latest!


lepas tu bukak pada chat peribadi/group. bagi pengguna iphone, klik pada nama contact. macam anak panah gambar kt atas ni. p/s : untuk user android aku pasti korang tau macam mane nk pegi kt bahagian seterusnye ni.

Nampak tak gambar kat atas ni? dah kunci kan? sebab aku dah aktifkan Encryption!
so korang klik je pada Encryption tu.


kemudian korang klik pada scan code yang ade logo camera tu. ok! mesti korang pelik kat anak panah tu kan? nombor pada anak panah tu Unique Number

pastu Verify Security Code keluar macam ni! haha.. ok nampak tak barcode tu? ok! mase ni wajib kena ada 2 phone(untuk peribadi). Untuk group aku tak cuba lagi sebab rata-rata member-member tak update whatsapp lagi.

ok! ni contoh antara phone wife aku dgn aku. aku scan barcode yang ade kat whatsapp wife aku.


Lepas scan akan keluar tanda right tu. So misi untuk Encrypt segala jenis perbualan korang adalah selamat 99.90%. kenapa aku cakap 99.90% bukan 100% ? sebab nya 9% developer Whatsapp boleh Un-Encrypt. dan 1% lagi adalah hackers!

Rajin-rajin la korang godek2 FAQ Whatsapp ni yer.
Baiklah! Untuk entry ni, ia cuma pada pandangan & pemahaman aku je. Maklumlah sekolah dulu tak berape nak pandai.hihi :P kalau ada benda yang tak betui dalam entry aku kali ni, aku harap sangat korang tolong info kat aku ye!! Baiklah! aku rasa sampai disini je entry aku kali ni...
Yang baik semuanya datang dari Allah SWT. yang buruk datangnya dari diri aku sendiri.
Assalamualaikum.

p/s : *kalau korang rasa entry ni ok, korang boleh share dimana-mana.. kalau tak ok, korang ignore je okeh!
*contoh aku guna ni pada iphone.

08 Februari 2016

Cara Kenal Iphone Refurbished Tulen

cara-kenal-iphone-refurbished-tulen-iklanlahpercuma.com
Semenjak kes penipuan smartfon klon di Plaza Low Yat, ramai pengguna Malaysia sudah mula sedar bahawa urban legend smartfon klon adalah benar. Sebelum ini ramai yang tidak percaya:
  • smartfon boleh di klon
  • smartfon tiruan wujud di pasaran
  • ramai penjual sanggup menipu dengan menjual smartfon tiruan
Oleh kerana penjual-penjual smartfon hanya mengejar keuntungan dan sanggup menipu pengguna, ia adalah tanggungjawab pengguna sendiri untuk  menimba ilmu mengenai smartfon sebelum membuat pembelian smartfon baru. Tidak kira kita membeli untuk diri sendiri, untuk kekasih, isteri atau ahli keluarga lain.
Oleh kerana ramai lagi peminat produk Apple diluar sana, saya akan memulakan artikel cara mengenal Iphone refurbished tulen dalam siri artikel mengenai smartfon dalam minggu-minggu yang akan datang.

Kewujudan Apple Iphone Refurbished

Untuk makluman anda semua, memang wujud produk Apple Iphone refurbished di pasaran. Ia bukan lagenda atau khayalan tetapi ia benar-benar wujud, cuma secara tidak rasmi di Malaysia. Ia sudah lama dijual dikedai-kedai Apple di USA dan juga di Ebay. Ia dikenali sebagai produk Apple Iphone refurbished atau reconditioned unit. Jikalau di Indonesia ia dipanggil “Certified Pre-Owned Product“. Ia bukan bermakna ia produk 2nd hand tetapi ia telah dihantar semula ke kilang untuk proses refurbished.
cara-kenal-iphone-refurbished-iklanlahpercuma.com


Apa Itu Produk Iphone Refurbished?

Pada kebiasaannya penjual telefon rasmi Apple dan juga Telco akan menapis produk yang rosak dan menghantar produk yang tidak sempurna kepada pengilang untuk dipulihkan kepada keadaan yang baik dan seperti baru. Semua produk yang rosak dihantar kembali ke kilang untuk dibaik pulih dalam satu proses yang dipanggil refurbished
cara-kenal-iphone-refurbished-baik-pulih-iklanlahpercuma.com
Setiap produk Apple Iphone akan diperiksa dengan teliti untuk melihat apakah ia dapat diselamatkan dan jika ya, ia akan dibaiki dan bahagian-bahagian baru ditambah jika perlu untuk menggantikan bahagian yang rosak. Selepas itu Apple Iphone ini akan dibersihkan, dipakej semula dan dihantar kembali ke peruncit, dengan label “Certified Reconditioned Product“. Ia di label begitu supaya orang ramai dapat membezakan produk Apple Iphone baru dan refurbished.
cara-kenal-iphone-refurbished-label-iklanlahpercuma.com

Mengapa Beli Produk Iphone Refurbished?

1. Produk Iphone refurbished adalah jauh lebih murah harganya.2. Pengguna boleh membeli model Iphone yang sudah tidak ada dalam pasaran secara rasmi.3. Produk Iphone refurbished adalah produk rasmi Apple dan bukan produk klon atau tiruan. Pembeli tidak perlu jailbreak untuk install aplikasi. Boleh terus beli aplikasi atau lagu di kedai iTunes. 
4. Produk Iphone refurbished datang dengan jaminan Apple atau kedai Apple di Malaysia. Sila pastikan jaminan 1 tahun anda masih ada. (Rujuk bawah)

Bagaimana Kita Dapat Mengecam Iphone Refurbished

Kebiasaannya produk Iphone refurbished ini akan dilanjutkan tempoh jaminan atau waranti.
Sila rujuk nombor IMEI Iphone refurbished anda.
Dial *#06# atau buka Settings > General > About > Model
cara-semak-imei-iphone-iklanlahpercuma.com
Sila pergi ke laman Apple iaitu selfsolve.apple.com dan masukkan nombor IMEI Iphone refurbished anda.
cara-semak-waranti-iphone-iklanlahpercuma.com
Jika betul ia masih ada jaminan atau waranti, anda tidak akan nampak mesej status “Expired” tetapi status adalah masih “Active” dengan tarikh anggaran bila tempoh jaminan akan tamat. Jika anda beli produk Iphone refurbished ini daripada penjual atau kedai di Malaysia, pastikan anda mendapat sekurang-kurangnya 1 tahun jaminan kedai tersebut. Bukan jaminan mulut tetapi ditulis di resit atau ada kad jaminan.
apple-certified-refurbished-iphone-iklanlahpercuma.com
Produk refurbished kebiasaannya hanya datang dengan charger. Anda tidak akan dapat set penuh seperti earphone. Kotak bungkusan Iphone refurbished juga warna putih kosong tanpa gambar Iphone dan dilabel sebagai “Certified Reconditioned Product“.

Hati-hati Dengan Penjual Penipu

Tidak kira anda membeli Iphone refurbished ini online atau offline, anda kena berwaspada. Kalau beli online, pastikan anda dapat Google nama kedai dan jumpa alamat premis perniagaan. Jangan beli dengan orang perseorangan kalau anda tidak mahu kena tipu. 
Orang perseorangan tidak dapat jual Iphone refurbished yang disahkan oleh Apple tetapi ia cuma produk Iphone 2nd hand yang dibaik pulih sendiri dirumah atau kedai. Barang atau isi perut Iphone yang rosak diganti dengan barang gantian atau spare parts daripada Iphone lain.
Penjual penipu ini akan menulis iklan seperti berikut:
  • Iphone refurbished set
  • Iphone reconditioned set
  • Iphone new set
  • Iphone original set
Jika anda hendak beli set Iphone reconditioned atau 2nd hand di kedai,  anda boleh terus semak IMEI (rujuk atas) dan juga nombor siri untuk mendapatkan kepastian model.
Format nombor siri Iphone:

AABCCDDDEEF

AA = ID Kilang
kod-pengilang-apple-iphone-iklanlahpercuma.com
B = Tahun di kilangkan (9 adalah untuk tahun 2009/2019, 0 adalah untuk tahun 2010/2020, 1 adalah untuk tahun 2011)
CC = Minggu pengeluaran (01 adalah minggu 1 dalam  tahun tersebut, 11 adalah minggu ke 11)
DDD = ID Unik
EE = Warna (A4=hitam)
F = saiz  storan (S=16GB, T=32GB)
Contohnya nombor siri Iphone adalah 660501YZA4T. Kita tahu Iphone 2nd hand ini adalah diperbuat pada tahun 2010 pada minggu ke 50. Ia berwarna hiam dengan storan 32GB. Ia bukan Iphone refurbished.
Jadi kalau anda ingin tengok dahulu boleh window shopping di kedai Lazada ada Iphone refurbished. Saya syorkan anda beli daripada pembekal seperti CompAsia yang  sudah pasti ada jaminan 1 tahun dan disahkan selamat oleh Lazada.
Itu sahaja petua atau cara untuk mengenal Iphone refurbished tulen bagi mengelak anda ditipu. 

Code "model" Iphone


Setting > General > About - Model


CodeRegion
ABEgypt, Jordan, Saudi Arabia, United Arab Emirates
BIreland, UK, also used for some replacement units
BRBrazil (Assembled in Brazil)
BZBrazil (Assembled in China)
CCanada
CLCanada
CHChina
CZCzech Republic
DGermany
DNAustria, Germany, Netherlands
EMexico
EEEstonia
FBFrance, Luxembourg
FDAustria, Liechtenstein, Switzerland
GRGreece
HNIndia
IPItaly
HBIsrael
JJapan
KHKorea
KNNorway
KSFinland, Sweden
LAColombia, Ecuador, El Salvador, Guatemala, Honduras, Peru
LEArgentina
LLUSA, Canada, also used for some replacement units
LZChile, Paraguay, Uruguay
MGHungary
MYMalaysia
NFBelgium, France, Luxembourg
PLPoland
POPortugal
PPPhilippines
RORomania
RSRussia
SLSlovakia
SOSouth Africa
TItaly
TATaiwan
TUTurkey
TYItaly
VCCanada
XAustralia, New Zealand
YSpain
ZASingapore
ZPHong Kong, Macau
sumber - https://www.theiphonewiki.com/wiki/Model_Regions

Hati2 dengan model "LL". tapi tak semua model "LL" ni refurbish. dan x semua model "LL" ni problem. setakat ni x banyak sgt problem model "LL" ni.

29 Julai 2015

Cara - cara untuk meringankan WhatsApp

Assalamualaikum Warahmatullah Hiwabarokatuh!!

Hai.. Lama x update blog ku ini..
By the way.. Aku terpanggil untuk menulis entry pada hari ini tentang cara2 meringankan WhatsApp.

Mesti korang semua pernah dapat cara2 meringankan WhatsApp kan?

Ni contoh cara2 yang korang dapat kan?

Ok.. Sebenarnya cara2 yg korang dapat tu hanya reset atau clearkan statistik penggunaan WhatsApp korang.. Bukannya clearkan msg2 lama serta gambar, audio, voice & video yang korang sendiri x perasan terperuk dalam group atau personal msg.. Even korang dh setting off pada media download dan delete pada photo gallery, Tp file2 tu terperuk dalam temp WhatsApp. Ini yang membuat storage phone korang penuh.. Dan mesti korang perasan.. Kenape storage phone korang hampir penuh.. Padahal korang dh delete segala video,gambar serta mp3 kan?

Ok lah! Aku tak nak bebel byk2.. Aku tau korang mesti fhm punye.. Now aku sediakan cara2 nak ringankan WhatsApp serta phone korang.

 memula korang buat kat group yang korang selalu sembang

Now korang ke setting dan pilih Account


kemudian korang tekan Storage Usage 


then WhatsApp akan calculate Massages & Size. kt sini aku mmg pilih yang aku paling rajin bersembang. Jumlah message 6982. Nk tgk sizenye tekan je button Size tu.



Tekan group tu (info), then korang scroll ke bawah!! korang akan nampak 2 mende tu.. korang just tekan Clear Chat tu. jangan tekan exit group plak.kang penat plak nk suh org invite semula :P


then korang tekan Clear Chat tu.. macam meng confirmkan yang korang nk clear chat.

step last ni untuk korang tengok balik kt dalam WhatsApp ade lg x file2 group tu. Setting > Account>Storage Usage then tekan icon refresh kt sebelah kanan atas tu.

sekang ni message, video, audio, voice, gambar semua dh clear kt group tu. memandangkan korang ni byk sgt group... so korang boleh buat kt semua group tu.. kalau korang jenis yg amat aktif di WhatsApp, buat la 2 minggu sekali..

Okay!! Siap gambar kan? Hehe.. Harap2 teknik ni bermanfaat untuk korang..
phone yang aku guna ni iphone 5C.aku rasa sama je untuk android. have fun! bye bye..

20 Mei 2015

tarikh & waktu yang sesuai untuk memancing

1 dan 16 haribulan hijrah
air besar dan air penuh lebih kurang pukul 8 malam. umpan susah pada waktu petang dan banyak pada waktu pagi dan air surut  lebih kurang pukul 11 pagi. Ikan2 besar bedal umpan waktu awal pagi dan lebih kurang pukul 8 malam.

2 dan 17 haribulan hijrah.
air masih besar dan penuh dan mula surut pada pukul 8 lebih. Umpan banyak pada waktu pagi dan semasa surut depan kelong lebih kurang pada pukul 11 pagi.ikan2 besar mula atif jugak pada pukul 8 malam lebih dan awal pagi

3 dan 18 haribulan hijrah
air masih besar tetapi makin kecil. air lebih lewat pasang penuh. umpan pada waktu petang agak susah tetapi banyak pada waktu pagi dan semasa air surut 12 tengah hari. jenahak aktif lebih lewat lebih kurang pada pukul 8.30 hingga 9 malam. pada waktu pagi jenahak masih aktif awal pagi

4 dan 19 haribulan hijrah
air makin kecil tetapi masih berarus. air pasang penuh lebih lewat dan umpan sangat susah dapat pada waktu petang. anda kena apolo pada waktu pagi atau semasa air surut pada sebelah petang. ikan2 besar elok pancing pada waktu malam.. lebih kurang pukul 9 lebih

5 dan 20 haribulan hijrah

air makin kecil tetapi masih berarus. air pasang penuh lebih lewat dan umpan sangat susah dapat pada waktu petang. anda kena apolo pada waktu pagi atau semasa air surut pada sebelah petang. ikan2 besar elok pancing pada waktu malam.. lebih kurang pukul 9 lebih

6 dan 21 hiribulan hijrah
air makin kecil tetapi masih berarus. air pasang penuh lebih lewat dan umpan sangat susah dapat pada waktu petang. anda kena apolo pada waktu pagi atau semasa air surut pada sebelah petang. Ikan2 besdar makin tipis untukdipancing. mungkin ada pari atau senangin. jenahak semakin sukar.

7,8,9,22,23 dan 24 haribulan hijrah
air dah mula mati atau tak ada arus langsung. kalau nak pancing jugak bolehlah bawa umpan pumpun atau udang kopek. layan anak2 ikan atgau daun baru. kalau nak kena ikan besar tu rezeki masing2 la. tapi susah la skit.

10 dan 25 haribulan hijrah
air mula gerak. ikan sangat galak dan aktif. tapi sayang, umpan tamban sukar diperoleh. kadang2 ada dan kadang2 tak ada. sebagai insuran, lebih baik anda bawa umpan sendiri seperti sotong kurita . air pasang penuh awal.kalau target ikan besar sesuai pada waktu pagi

11 dan 26 haribulan hijrah
air mula gerak. ikan sangat galak dan aktif. tapi sayang, umpan tamban sukar diperoleh. kadang2 ada dan kadang2 tak ada. sebagai insuran, lebih baik anda bawa umpan sendiri seperti sotong kurita . air pasang penuh awal petang. kalau target ikan besar sesuai pada awal pagi

12 dan 27 haribulan hijrah
air mula gerak laju. ikan sangat galak dan aktif.  . air pasang penuh awal petang. kalau target ikan besar sesuai pada awal pagi.semasa ini umpan mungkin ada sedikit semasa air mula surut petang.

13 dan 28 haribulan hijrah
air semakin laju dan besar.air pasang penuh awal petang. kalau target ikan besar sesuai pada awal pagi.semasa ini umpan mungkin ada sedikit semasa air mula surut petang.

14 dan 28 haribulan hijrah

air semakin laju dan besar.air pasang penuh awal petang. kalau target ikan besar sesuai pada awal pagi.semasa ini umpan mungkin banyaksemasa air mula surut petang dan awal pagi. anda tak perlu risau pasal umpan sangat. ikan besar mungkin ada pada lewat petang hampir senja. 

15,29 dan 30 haribulan hijrah
air semakin laju dan besar.air pasang penuh hampir senja petang. kalau target ikan besar sesuai pada awal pagi dan semasa waktu senja ke awal malam skit.semasa ini umpan mungkin banyaksemasa air mula surut petang dan awal pagi. anda tak perlu risau pasal umpan sangat. 

sumber : http://kelongpozi.blogspot.com