20 Februari 2011

Cara Mengelakkan Marah

 
Pertama, Istighfar (Astagfirullah hal azim). Lakukan beberapa kali.
Kedua, jika anda marah ketika anda berdiri, ambil posisi duduk supaya anda lebih ‘relax’.
Ketiga, fikirkan kebaikan orang tersebut, teliti kelemahan diri.
Keempat, berwuduk, marah itu datang daripada syaitan..syaitan itu dicipta dari api... oleh itu berwuduklah bagi menghilangkan sifat marah anda.
Selain itu, beliau juga memberikan beberapa panduan untuk memperolehi ketenangan dan kebahagiaan iaitu dengan mengambil ‘vitamin’ yang bermaksudberzikir, berdoa dan membaca Al-Quran. Dengan hati yang bersih dan sihat akan membawa pada pemikiran yang positif dan boleh mendorong pada kejayaan. Oleh itu. Kita sebagai manusia, tentu inginkan kejayaan dan kebahagian hidup.  Kata kunci bagi kejayaan adalah hati. Sayangi hati dengan sentiasa mencari ilmu dan didiklah hati dengan sentiasa mengingati-Nya.
"Carilah hatimu di tiga tempat..Temui hatimu ketika membaca Al-Quran…Tetapi jika tidak kau temui, carilah hatimu ketika mengerjakan solat…Jika tidak kau temui juga, carilah hatimu ketika duduk tafakkur mengingati mati..Jika kau tidak temui juga, maka berdoalah kepada Allah, pinta hati yang baru kerana hakikatnya pada ketika itu kau tidak mempunyai hati”-Imam Ghazali

0 Komen: