30 Mei 2009

Perempuan suka lelaki yang tinggi?

Mungkin sesetengah orang itu takut untuk membuang kisah lama dan seterusnya membina tembok untuk menikmati peluang yang baru muncul atau yang sudah ada di hadapan mereka. Mungkin kisah lama ini adalah yang terbaik bila dikenangkan walaupun semuanya sudah terlewat dan sebaliknya.

Setiap detik, setiap saat satu jiwa itu terhenti dan maka segala peluang yang ada mungkin tidak lagi berguna, dan kisah lama itu terkubur dengan kenangan pahit bersama.

Mungkin ada juga yang merasakan diri mereka tidak mampu untuk bersama si dia, kerana dakyah palsu atau lebih dikenali mitos-mitos cinta meracuni jiwa yang tidak pernah mencuba rasa cinta … rasa ditolak … dan rasa nikmat kehidupan. Ada yang menggelarkan diri mereka pakar segala cinta namun sebenarnya setiap jiwa itu mampu untuk merasai cinta kerana DIA Maha Adil dan saksama. Tiada teknik atau cara yang benar berkesan. Usaha dan keberanian yang penting dalam setiap jiwa untuk mengorak langkah pertama. Ini adalah lebih baik dari tidak mencuba. Satu rasa penyesalan hingga ke titik noktah.

Comel itu subjektif. Setiap jiwa itu comel. Tiada yang kurang dan tiada yang lebih. Asalkan percaya pada diri sendiri, setiap jiwa itu mampu melakukannya. DIA sesungguhnya telah menciptakn manusia semulia-mulia makhluk di muka bumi ini. Yakin pada diri sendiri, usaha untuk mencapai sesuatu yang terbaik untuk diri sendiri dan berani untuk mencuba sesuatu yang tidak mungkin merugikan diri sendiri.

0 Komen: