Kejujuran di dalam satu hubungan adalah amat penting. Namun setiap orang di dunia ini tidak pernah lari dari pada masalah. Keretakan
sesuatu hubungan selalunya disebabkan penipuan dari salah satu
pasangan. Tapi kali ini kita akan mengupas sebab-sebab perempuan menipu
lelaki. Untuk lelaki pula mungkin pada entri akan datang.
1. Bosan
Hati
perempuan lembut sentiasa menginginkan perhatian dan dimanjakan. Jika
kurang diberi perhatian mereka akan berasa bosan dengan hubungan yang
terjalin. Malah, mereka merasa diri mereka tidak dihargai. Mereka tidak
sanggup untuk memberitahu perkara sebenar bahawa mereka sudah berasa
bosan dengan pasangan mereka.
2. Balas Dendam
Mungkin
seringkali ditipu dengan bekas teman lelaki, perempuan membuat keputusan
untuk menipu teman lelaki barunya dengan niat membalas dendam. Mereka
berfikiran lelaki ini adalah penipu besar dan tidak boleh dipercayai.
Bak kata pepatah orang putih "What you give you get back" tapi balas dendam yang terbaik adalah memaafkan.
3. Hidup Terkongkong
Semua
orang pastinya tidak mahu hidup mereka dikawal atau dikongkong oleh
orang lain. Ruang kebebasan mereka telah dirampas oleh teman lelaki
mereka. Kalau dah 24 jam call tanya tengah buat apa, dengan siapa. Siapa
boleh tahan macam itu, lama-kelamaan orang akan mula berasa benci.
Percaya satu sama lain adalah penting.
4. Power Of Money
Semua
orang nak duit kerana duit juga seseorang itu hilang arah tuju. Zaman
sekarang dengan adanya duit anda dapat menguasai dunia.
Dengan
duit anda boleh membuat macam-macam tidak kira kearah kebaikan atau
sebaliknya. Sesetengah orang perempuan hanya memandang harta lelaki itu
sahaja. Mana yang banyak duit, lelaki itu yang akan dipilih sebagai
teman hidup mereka. Namun perempuan yang seperti ini hanya segelintir
sahaja dan tidak ramai.
5. Orang Ketiga
Kebanyakan perempuan
menipu adalah disebabkan mereka sudah ada penganti baru. Mereka
terpaksa menipu dengan pelbagai alasan kerana takut untuk
berterus-terang tentang kehadiran orang ketiga dalam hubungan mereka
itu.
Sepandai-pandai tupai melompat akhirnya jatuh ke tanah jua. Lambat laun, rahsia orang ketiga tetap akan terbongkar juga.
sumber ~ http://mysportage.blogspot.com/
0 Komen:
Catat Ulasan