29 Ogos 2009

5 Syarat Untuk Buat Maksiat

Body: Suatu hari ada seorang lelaki yang menemui Ibrahim bin Adham(Aba Ishak).Dia berkata: "Wahai Aba Ishak!Selama ini aku gemar bermaksiat.Tolong berikan aku nasihat." Setelah mendengar perkataan tersebut Aba Ishak berkata: "Jika kamu mahu menerima lima syarat dan mampu melaksanakannya,maka boleh kamu melakukan maksiat." Lelaki itu dengan tidak sabar-sabar bertanya, "Apakah syarat-syarat itu,wahai Aba Ishak?" Ibrahim bin Adham berkata:

SYARAT PERTAMA: "Jika kamu bermaksiat kepada Allah,jangan memakan rezeki-Nya."
Mendengar itu dia mengenyitkan kening seraya berkata: "Dari mana aku mahu makan?Bukankah semua yang ada di bumi ini rezeki Allah?" "Ya!"tegas Ibrahim bin Adham. "Kalau kamu sudah memahaminya,masih mahukah memakan rezeki-Nya,sedangkan kamu selalu berkeinginan melanggar larangan-Nya?" "Apakah syarat keduanya?"soal lelaki tersebut. Lantas Aba Ishak menjawab:

SYARAT KEDUA: "Kalau kamu bermaksiat,jangan tinggal di bumi-Nya."
Syarat ini membuat lelaki itu terkejut separuh mati. Ibrahim kembali berkata kepadanya: "Wahai hamba Allah,fikirkanlah,apakah kamu layak memakan rezeki-Nya dan tinggal di bumi-Nya,sedangkan kamu melanggar segala larangan-Nya.?" "Ya!Anda benar"kata lelaki itu. Dia kemudian menanyakan syarat yang ketiga.Ibrahim menjawab:

SYARAT KETIGA: Kalau kamu masih mahu bermaksiat,carilah tempat tersembunyi yang tidak dapat terlihat oleh-Nya.
Lelaki itu kembali terperanjat dan berkata: "Wahai Ibrahim,ini nasihat macam mana?mana mungkin Allah tidak melihat kita?" "Ya ,kalau memang yakin demikian,apakah kamu masih berkeinginan melakukan maksiat?"kata Ibrahim. Lelaki itu mengangguk dan meminta syarat yang keempat.Ibrahim melanjutkan:

SYARAT KEEMPAT: "Kalau malaikat maut datang hendak mencabut rohmu,katakanlah kepadanya, "Ketepikan kematianku dulu.Aku masih mahu bertaubat dan melakukan amal soleh". Kemudian lelaki itu menggelengkan kepala dan tersedar dan berkata: "Wahai Ibrahim,mana mungkin malaikat maut akan memenuhi permintaanku?" "Wahai Abdullah,kalau kamu sudah meyakini bahawa kamu tidak boleh menunda dan mengundurkan datangnya kematianmu,lalu bagaimana engkau boleh lari dari kemurkaan Allah?" "Baiklah,apa syarat yang kelima?" Ibrahim pun menjawab:

SYARAT KELIMA: "Kalau malaikat Zabaniyah datang hendak mengiringmu ke api neraka di Hari Kiamat nanti,jangan engkau ikut bersamanya."
Perkataan tersebut membuatkan lelaki itu insaf.Dia berkata: "Wahai Aba Ishak,sudah pasti malaikat itu tidak membiarkan aku menolak kehendaknya." Dia tidak tahan lagi mendengar perkataan Ibrahim.Air matanya bercucuran . "Mulai saat ini aku ingin bertaubat kepada Allah"katanya sambil teresak-esak.

28 Ogos 2009

Kata Hati

Setelah gerimis terhenti
Terpancar sinar mentari
Nampak jelas semua laluan
Dan kau tak kebasahan lagi
Jika kau ingin pergi
Andai aku padamu kini
Tidak memberi erti

Hadirmu mengetuk hatiku
Bagaikan perkasihan mimpi
Indah cuma sewaktu ku lena
Dan lenyaplah semua

Bila Diri ini terjaga
Menoleh kebelakang diri ini
Jauh kau tinggalkan

Andai aku kenang kisah yang sudah
Aku jadi gundah
Mungkin tak kau rasa seperti mana
Aku merasa... perit lukanya
Itulah... hakikat yang ku telan
Itulah... yang kau tinggalkan
Biar aku menangis kerana luka semalam
Daripada menangis luka di kemudian
Dan paling tidak pun
Pedih tak berpanjangan
Kerana dia saat begini
Masih ada insan yang sudi bertandang
Merawat kelukaan

27 Ogos 2009

Selamat Menyambut Ulang tahun Kemerdekaan Malaysia yang ke 52

Selamat Menyambut Ulang Tahun Kemerdekaan Malaysia yg ke 52







Sejarah Malaysia

Bendera-bendera yang termasuk dalam senarai akhir untuk dipilih menjadi bendera Malaya dalam tahun 1949

SEMPENA Hari Kebangsaan ke-52 yang bakal di sambut pada 31 Ogos depan, di sini dikemukakan beberapa fakta menarik berkenaan dengan nama “Malaysia”. Sejarah asal usul nama Malaysia agak kabur jika dibandingkan dengan asal usul nama negara-negara jiran kita. Contohnya, ‘Singapura’ diberi nama oleh Sang Nila Utama yang bermaksud Pulau Singa (pura=pulau), ‘Indonesia’ oleh James Richardson Logan yang bermaksud Kepulauan India (Indo=India, Nesos=pulau), dan ‘Brunei’ sempena nama Sang Aji Berunei, Raja Brunei yang pertama.


Beberapa fakta yang dapat dikumpulkan berkenaan asal usul nama Malaysia :

1) Malaysia asalnya merupakan gabungan 2 perkataan Inggeris iaitu Malay = bangsa asal / bahasa bagi penduduk yang mendidiami kawasan ini, dan Shire = perkampungan. Jadi, Malay Shire / Malaysia bermaksud kawasan perkampungan Melayu.

2) Menurut Dr. Thriunavukkarasu, perkataan Malaysia berasal daripada perkataan Tamil yang bermaksud “Mountains of Asia”.

3) Malaysia wujud daripada nama “Malesia”, yang merujuk kepada kawasan bio-geografi dari semenanjung Tanah Melayu hingga ke Papua New Guinea.


Untuk pengetahuan semua, penggunaan nama Malaysia bukanlah baru. Merujuk Utusan Malaysia bertarikh 29 Julai 2009, nama Malaysia mula-mula telah direkodkan dalam akhbar The British North Borneo Herald (BNBH) bertarikh 1 Januari 1889 dalam laporan bertajuk “Geographical Notes in Malaysia and Asia” oleh J.E. Tenison-Woods, mengenai catatan perjalanannya ke semenanjung Tanah Melayu, Labuan, Brunei, Sandakan dan Sulu (Rujuk lampiran). Di Chicago, Amerika Syarikat, peta yang dikeluarkan pada tahun 1914 telah merujuk kawasan kepulauan nusantara ini sebagai “Malaysia” (Rujuk lampiran di bawah..).


TV3 pula pernah menyiarkan satu artikel daripada akhbar The British North Borneo Herald (BNBH) tetapi bertarikh 1 Julai 1929 mengenai bunga-bungaan di Negeri Sabah yang dirujuk nama kawasan tu sebagai “Malaysia”. Sementara sebuah buku keluaran Mc Millan, New York, yang dikarang oleh Rupert Emerson, dan diterbitkan pada tahun 1937 berkenaan dengan semenanjung Tanah Melayu diberi judul "Malaysia : Direct and Indirect Rule".


Sebagaimana Indonesia yang pernah dicadangkan namanya sebagai Malayunesia, terdapat juga beberapa nama yang dicadangkan untuk negara kita. Antaranya, “Langkasuka”, iaitu bersempena nama sebuah kerajaan purba di kawasan utara tanah air kita.. Negara Filipina juga pernah bercadang untuk menukar nama negara mereka kepada Malaysia, tetapi dibatalkan selepas penubuhan Malaysia yang merangkumi Malaya, Singapura, Sabah dan Sarawak diisytiharkan pada tahun 1963.


Lain-lain fakta menarik :

1) Malaysia sepatutnya diisytiharkan pada 31 Ogos 1963. Tetapi disebabkan bantahan daripada negara jiran (Indonesia dan Filipina), ia terpaksa ditunda kepada 16 September 1963. Atas pertimbangan bahawa tarikh 31 Ogos 1957 merupakan tarikh asas kepada penubuhan negara persekutuan kita dan tarikh 16 September merupakan tarikh tundaan yang ditetapkan disebabkan tekanan yang timbul daripada negara luar, jadi Hari Kebangsaan masih lagi ditetapkan & disambut pada 31 Ogos setiap tahun, iaitu sebagaimana Amerika Syarikat menyambut hari kebangsaan mereka pada 4 Julai setiap tahun, walaupun tarikh kemerdekaan adalah berbeza-beza bagi negeri-negeri dalam Amerika Syarikat.


2) Menurut maklumat tidak rasmi, selain Singapura, Brunei, Sabah dan Sarawak, pihak British juga menawarkan kawasan selatan Thai iaitu Patani, Jala (Yala), Menara (Narathiwat), Singgora (Songkhla) dan Setul (Satun) untuk sama-sama bergabung dan merdeka dalam Malaysia sebagaimana permintaan pemimpin dan pejuang Melayu di kawasan tersebut. Tetapi telah ditolak oleh PM Tunku Abdul Rahman ketika itu untuk tidak menambah bantahan sebuah lagi negara jiran terhadap cadangan penubuhan Malaysia iaitu Thailand.


3) Ini pula merupakan antara bendera-bendera yang termasuk dalam senarai akhir untuk dipilih menjadi bendera Malaya dalam tahun 1949 dahulu.


Terima kasih kepada penulis, pihak Ibnu Hasyim sangat menghargai sumbangan tuan. Alhamdulillah.

24 Ogos 2009

Salam Ramadan..

Assalamualaikum tok semua..Rasanya dah lama wann x update blog ni..maklum la..wann kan kursus..susah sikit nak on9..salam ramadan untuk semua kawan2 wann.harap2 tahun ni dapat puasa penuh.dan diampunkan segala dosa..
korang dah wat baju raya ke??? mesti dah buatkan?? wann rasenye x buat kot..tengok keadaan..beli yg dah siap kot..duit da x berape nak ade..tunggu bonus le jawabnya..hihi..
wat semua kekawan yg sudi masuk ke blog wann ni, wann ucapkan terima kasih bebanyak2..coz sudi jugak korang melawat blog yg usang ni..hihihi..
mekasi2..hehehe..